• Warga Malaysia Ubati Rindu Tradisi Tanahair Anjurkan Pasar Malam Di Melbourne
    Jun 27 2025
    Siapa yang tak suka pasar malam? Ianya sinonim dengan Malaysia dan bagi mereka yang merantau ke luar negara, aktiviti mengunjung pasar malam sememangnya dirindui. Kini di Melbourne, tiga warga Melayu bersemangat keusahawanan berjaya menganjurkan sebuah pasar malam hujung minggu di Noble Park, lebih kurang 30 kilometer di selatan Melbourne. Zaini Ahmad mengunjungi pasar malam, The Colours of Light Winter Night Market, dan ianya tidak mengecewakan.
    Show more Show less
    8 mins
  • Pemakanan Golongan Migran Kurang Sihat Punca Kencing Manis dan Sakit Jantung
    Jun 23 2025
    Pemakanan kurang sihat adalah punca utama peningkatan penyakit, termasuk kencing manis dan sakit jantung di kalangan golongan migran. Kini, Yayasan Nourish Nation menganjurkan pelbagai program bertujuan mendidik golongan pendatang tentang kepentingan menukar diet demi menjaga kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nourish Nation, Dr Raju Adhikari, memberitahu Zaini Ahmad, tekanan penghijrahan adalah antara punca pemakanan yang kurang sihat di kalangan pendatang baru ke Australia.
    Show more Show less
    13 mins
  • Menyambut Seruan Ilahi - Penutup
    Jun 18 2025
    Kini, lebih 1.6 juta jemaah telah pun berangkat pulang ke tanahair masing-masing setelah mengerjakan ibadah Haji mereka di Tanah Suci Mekah. Antaranya, seorang warga Melayu Australia yang telah berkongsi pengalaman beliau dari mula sehinggalah ke penghujung perjalanan beliau mengerjakan rukun Islam yang kelima. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan rakan beliau yang kini layak digelar, Haji Juanda Ismail.
    Show more Show less
    19 mins
  • #88 Celebrating an anniversary (Med) - #88 Menyambut Ulang Tahun (Med)
    Jun 16 2025
    Learn how to congratulate someone on their work or wedding anniversary. - Pelajari bagaimana untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang atas pencapaian tugasan atau sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
    Show more Show less
    17 mins
  • Who are the Stolen Generations? - Siapakah Mangsa Kekejaman 'The Stolen Generation'
    Jun 15 2025
    Australia has a dark chapter of history that many are still learning about. Following European settlement, Aboriginal and Torres Strait Islander children were removed from their families and forced into non-Indigenous society. The trauma and abuse they experienced left deep scars, and the pain still echoes through the generations. But communities are creating positive change. Today these people are recognised as survivors of the Stolen Generations. - Australia mempunyai sejarah hitam yang ramai di kalangan warganya masih lagi kurang mengetahui, apatah lagi memahami. Selepas kedatangan orang Eropah, kanak-kanak kaum Aborigine dan Orang Kepulauan Selat Torres dipisah secara paksa dan dirampas dari pangkuan keluarga untuk ditempatkan dengan keluarga kulit putih. Trauma dan keperitan akibat tindakan kejam ini masih lagi dirasai dan diharungi oleh masyarakat orang asli negara ini. Mangsa yang dipisah secara kejam ini digelar 'The Stolen Generation'.
    Show more Show less
    17 mins
  • Menyambut Seruan Ilahi pt.3
    Jun 5 2025
    Lebih sejuta umat Islam kini berkumpul di Arafah, antaranya seorang warga Australia berbangsa Melayu, Juanda Ismail. Sebelum tiba di Mina, apakah yang perlu dilakukan setiap jemaah yang berpeluang menyambut seruan Ilahi menunaikan ibadah haji tahun ini? Ikuti bahagian ketiga perjalanan Juanda di Tanah Suci yang disampaikan kepada Zaini Ahmad di SBS Bahasa Melayu.
    Show more Show less
    8 mins
  • Menyahut Seruan Ilahi pt.2
    Jun 2 2025
    Dalam bahagian pertama perjalanan ibadah Haji beliau di Tanah Suci, Juanda Ismail sempat berbual dengan SBS Bahasa Melayu menceritakan pengelaman beliau menziarahi salah satu tempat paling suci bagi umat Islam sedunia.
    Show more Show less
    12 mins
  • Have you been told your visa will be cancelled? This is how misinformation enables visa abuse - Apakah Majikan Atau Individu Cuba Ugut Membatalkan Visa Anda?
    May 22 2025
    The migration system is complex and confusing. Experts say a lack of accessible support and credible information is leading to visa abuse. - Apakah antara kesalahan yang mungkin dilakukan seseorang warga asing di Australia secara sengaja atau tidak sengaja yang boleh menyebabkan mereka menghadapi deportasi atau visa mereka dibatal?
    Show more Show less
    11 mins