SBS Bahasa Melayu Podcast By SBS cover art

SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

By: SBS
Listen for free

About this listen

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.Copyright 2025, Special Broadcasting Services Politics & Government
Episodes
  • Warga Malaysia Ubati Rindu Tradisi Tanahair Anjurkan Pasar Malam Di Melbourne
    Jun 27 2025
    Siapa yang tak suka pasar malam? Ianya sinonim dengan Malaysia dan bagi mereka yang merantau ke luar negara, aktiviti mengunjung pasar malam sememangnya dirindui. Kini di Melbourne, tiga warga Melayu bersemangat keusahawanan berjaya menganjurkan sebuah pasar malam hujung minggu di Noble Park, lebih kurang 30 kilometer di selatan Melbourne. Zaini Ahmad mengunjungi pasar malam, The Colours of Light Winter Night Market, dan ianya tidak mengecewakan.
    Show more Show less
    8 mins
  • Pemakanan Golongan Migran Kurang Sihat Punca Kencing Manis dan Sakit Jantung
    Jun 23 2025
    Pemakanan kurang sihat adalah punca utama peningkatan penyakit, termasuk kencing manis dan sakit jantung di kalangan golongan migran. Kini, Yayasan Nourish Nation menganjurkan pelbagai program bertujuan mendidik golongan pendatang tentang kepentingan menukar diet demi menjaga kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nourish Nation, Dr Raju Adhikari, memberitahu Zaini Ahmad, tekanan penghijrahan adalah antara punca pemakanan yang kurang sihat di kalangan pendatang baru ke Australia.
    Show more Show less
    13 mins
  • Menyambut Seruan Ilahi - Penutup
    Jun 18 2025
    Kini, lebih 1.6 juta jemaah telah pun berangkat pulang ke tanahair masing-masing setelah mengerjakan ibadah Haji mereka di Tanah Suci Mekah. Antaranya, seorang warga Melayu Australia yang telah berkongsi pengalaman beliau dari mula sehinggalah ke penghujung perjalanan beliau mengerjakan rukun Islam yang kelima. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan rakan beliau yang kini layak digelar, Haji Juanda Ismail.
    Show more Show less
    19 mins
No reviews yet